Senarai Guru yang Boleh Membuat Pertukaran egtukar Online

Tidak semua guru boleh membuat pertukaran guru melalui modul egtukar. Pihak kementerian telah menetapkan jenis guru yang boleh membuat ertukaran melalui egtukar. Pada artikel kali ini, kami nyatakan beberapa guru yang boleh secara terus membuat pertukaran melalui egtukar, manakala bagi guru yang tidak termasuk dalam senarai ini, mempunyai cara khas untuk membuat rayuan pertukaran.
syarat egtukar

Guru yang Boleh Memohon egtukar Online

Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.

Manakala, bagi guru-guru berikut pula, hendaklah membuat permohonan seperti berikut:


  • Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
  • Guru Tingkatan Enam yang telah dilantik – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Sektor Pengurusan Sekolah di JPN atau Bahagian di bawah SOP yang berkaitan.
  • Guru LINUS NKRA – Merujuk Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2014, Bil. KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5(32) bertarikh 28 Februari 2014 - Garis Panduan Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS.
Diharap para guru dapat mengetahui perkara ini bagi memudahkan proses dan prosedur membuat pertukaran guru dan diluluskan permohonan egtukar.


0 comment... add one now