Semakan Keputusan egtukar Online Sesi Oktober 2017

Setiap guru yang telah membuat permohonan pertukaran guru egtukar secara online, akan mula menyemak pada tarikh yang telah ditetapkan KPM. Semakan keputusan diumumkan pada portal rasmi egtukar.

Semakan bagi pertukaran guru antara negeri dan daerah boleh mula dibuat pada 25 September 2017.
Manakala, semakan penempatan pula boleh dibuat pada 30 September 2017.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 2 Oktober 2017.

daftar masuk egtukar online

Cara semakan Keputusan egtukar

Cara semakan keputusan egtukar guru online adalah seperti berikut:

  1. Masuk ke portal : eGtukar
  2. Masukkan id pengguna
  3. Masukkan kata laluan
  4. Masukkan no kad pengenalan.
  5. Klik 'ok'
Keputusan akan diumumkan. Jika anda berjaya dalam pertukaran guru, keputusan yang diumumkan adalah muktamad dan tidak boleh diubah. Begitu juga jika anda tidak berjaya, tiada rayuan yang akan dibenarkan.

Selamat membuat semakan egtukar. Semoga anda berjaya bertukar ke tempat mengajar yang anda inginkan.

1 comment... add one now

matskallblad matskallblad 5 October 2016 at 07:38
guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa