Permohonan eGtukar Online Sesi 2016/2017

e-Gtukar merupakan satu sistem secara atas talian khas untuk guru-guru membuat pertukaran tempat mengajar. Waktu permohonan akan diumumkan pada portal rasmi egtukar sekiranya ianya mulai dibuka. Selalunya ianya dibuka dua kali setahun mengikut kekosongan dan pindaan pihak KPM.

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),                              Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.  Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru
egtukar online

Permohonan egtukar Online Sesi 2016/2016

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan egtukar secara online.

  1. Masuk ke dalam pautan rasmi egtukar : egtukar
  2. Jika belum mendaftar, daftar terlebih dahulu pada pautan ini.
  3. Jika telah mendaftar, login masuk.
  4. Isi semua ruangan yang dminta dan klik submit/hantar.

Semua guru-guru harap maklum bahawa segala keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad. Selepas keputusan dikeluarkan, pihak KPM akan mengeluarkan analisa /statistik keputusan pertukaran mengikut sekolah menengah dan rendah. Anda boleh mencapai maklumat berkenaan pada pautan ini.

3 comments.. read them below or add one

Emarieys Emarieys 27 July 2016 at 19:38
hope guru-guru yang jauh dengan keluarga dapat bertukar..kesian kat mereka yang sangat perlukan pertukaran ni.
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 3 August 2016 at 05:38
Hopefully tahun depan ada peluang adik nak kembali ke semenanjung selepas 4 tahun di Sabah
matskallblad matskallblad 5 October 2016 at 07:27
terima kasih atas perkongsiannya tuan..semoga bermanfaat